Smiley face

Perutusan

(Majikan)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Saya terlebih dahulu ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pengwujudan Portal Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Ini merupakan satu langkah penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan Jabatan khususnya kepada pegawai-pegawai JIM. Saya ucapkan sekalung tahniah juga kepada pasukan yang membangunkan Portal MBJ ini iaitu pegawai-pegawai dari Bahagian Teknologi Maklumat dan Rekod (BTMR) dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) JIM. Pembangunan Portal ini dibuat secara in-house dan tidak melibatkan sebarang kos. Saya berharap Portal ini akan memberi peluang kepada pihak pekerja untuk mengemukakan cadangan dan pendapat serta mengambil bahagian secara aktif dalam membincangkan dan menyelesaikan isu berkaitan sistem kerja, urusan pentadbiran, kebajikan pekerja dan perjalanan organisasi Jabatan secara positif tanpa bercanggah dengan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh Jabatan mahupun Kerajaan. Saya juga berharap melalui Portal ini ia dapat membantu pihak pengurusan bagi menyelesaikan isu-isu setempat yang dihadapi oleh pegawai merangkumi semua perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan dan perjalanan organisasi terutamanya yang berhubung kait dengan pentadbiran dan kebajikan. Portal MBJ ini juga diharapkan dapat memperkasakan lagi penyampaian perkhidmatan awam dalam konteks perkongsian maklumat, ilmu pengetahuan dan juga sebagai panduan kepada MBJ termasuklah di peringkat Negeri selaras dengan moto Jabatan iaitu "Mudah, Cepat dan Berintegriti". Saya berharap Portal MBJ ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pegawai untuk mencapai visi dan misi Jabatan selaras dengan wawasan dan pembangunan Negara.

Sekian, terima kasih.

YBHG. DATO' SERI HAJI MUSTAFAR BIN HAJI ALI

Ketua Pengarah Imigresen

Perutusan Pengerusi

(Pekerja)






Assalamualaikum W.B.H dan Salam Imigresen Perkasa



YBhg. Dato' Seri Ketua Pengarah Imigresen Malaysia
YBhg. Dato' TKP(P)
Pengarah-Pengarah
Wakil Kesatuan dan seterusnya Tuan-Tuan dan Puan-Puan wakil pekerja dalam MBJ

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt atas limpah kurnianya kita dapat sampai ke bulan Ramadhan tahun ini dan InsyaAllah semoga sampai kepada 1 Syawal nanti. Kita juga bersyukur dapat berada di dalam Mesyuarat MBJ pada hari ini.

YBhg. Dato' Seri, Dato', Tuan-Tuan, Puan-Puan,

Saya mewakili wakil pekerja yang dilantik bagi Sesi 2018-2020 merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Pengurusan / Majikan di atas perlantikan ini, dan kami menerima perlantikan ini sebagai amanah yang perlu kami pikul demi mencapai objektif penubuhan Majlis Bersama Jabatan, justeru kami juga bertanggungjawab untuk membawa permasalahan, isu dan usul dari pihak pekerja untuk makluman pihak pengurusan yang merupakan majikan demi untuk kesejahteraan dan kerjasama berterusan antara pihak majikan dan pekerja.
Kami di pihak pekerja juga sentiasa mengharapkan pihak majikan dan pekerja dapat bersatu padu terutama dalam menyelesaikan isu dan permasalahan pihak pekerja demi membolehkan keluarga besar JIM bergerak ke arah mencapai objektif dan matlamat organisasi secara bersepadu dan bersama.

Sekali lagi kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas peluang yang diberi kepada kami untuk berkhidmat kepada warga JIM sebagai wakil pekerja.

Sekian, Terima Kasih
ENCIK MOHAMAD ZAIDI BIN CHE MORAD
Pengerusi Pekerja

SEJARAH PERJALANAN MAJLIS BERSAMA JABATAN JIM (NO PENDAFTARAN MBJ:3611001)


1. LATAR BELAKANG

- Penubuhan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) secara prinsipnya bertujuan memberi peluang kepada pekerja untuk mengemukakan pendapat dan mengambil bahagian secara aktif dalam membincang dan menyelesaikan isu berkaitan sistem kerja, urusan pentadbiran, kebajikan pekerja dan perjalanan organisasi di Jabatan.
- elaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1992 mengenai arahan penubuhan MBJ oleh setiap agensi Kerajaan, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah pun mengambil inisiatif dengan menubuhkan MBJ sendiri sekitar tahun 1995.

2. PERLEMBAGAAN MBJ JIM

- Perjalanan MBJ JIM diselaraskan pada tahun 2008 dengan inisiatif Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja untuk memperkemaskan lagi Perlembagaan supaya perjalanan mesyuarat lebih teratur, selaras dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2002 yang menjelaskan secara terperinci mengenai peraturan penubuhan, peranan dan pengurusan MBJ.

3. KEAHLIAN

- Pada awal penubuhan MBJ JIM, keahliannya dianggotai seramai 94 orang yang terdiri daripada dua (2) pihak iaitu Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja. Ahli-ahli Pihak Pegawai dianggotai oleh 13 orang pegawai iaitu Pengerusi (memegang jawatan Ketua Pengarah Imigresen) dan 12 orang pegawai yang dilantik oleh Ketua Pengarah Imigresen iaitu dalam kalangan Pengarah Bahagian dan seorang Setiausaha iaitu Penolong Pengarah daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.
- Manakala ahli-ahli Pihak Pekerja adalah seramai 81 orang yang dilantik oleh pekerja-pekerja yang berkhidmat di JIM. Pemilihan ahli-ahli pihak pekerja hendaklah mengikut peraturan berdasarkan seorang wakil daripada setiap Gred Jawatan di JIM. Pemilihan ini hendaklah dibuat oleh pekerja-pekerja di peringkat Gred Jawatan itu sendiri.
- Wakil Kesatuan iaitu Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM), Kesatuan Kakitangan Imigresen Malaysia Sarawak (KKIMS) dan Kesatuan Pegawai-Pegawai Imigresen Malaysia Sabah (KPPIMS) pula berjumlah 18 orang.
- Walau bagaimanapun, Perlembagaan ini dicadangkan untuk ditambahbaik dan dipinda semula sekitar tahun 2008/2009 dan telah dipersetujui untuk dipinda semula dalam mesyuarat 1/2010 dengan keahlian pihak pekerja seramai 31 orang. Hal ini bertujuan supaya perjalanan mesyuarat MBJ menjadi medium perbincangan yang lebih efektif, selain melengkapkan korum yang seimbang antara pihak pegawai dan pihak pekerja iaitu selaras dengan komposisi peratusan 50% pegawai dan 50% pihak pekerja. Perlembagaan ini seterusnya mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam.

4. PELAKSANAAN MESYUARAT

- Mesyuarat MBJ perlu dilaksanakan oleh setiap agensi secara berkala pada setiap tahun iaitu 4 kali pada setiap sukuan tahun.
- JIM telah berjaya melaksanakan mesyuarat mengikut peraturan dan perlembagaan yang telah dipersetujui serta mendapat pengiktirafan pelaksanaan mesyuarat 4 kali setahun pada setiap tahun daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam. Sijil Penghargaan telah dianugerahkan kepada JIM kerana kejayaan mengadakan mesyuarat sebanyak 4 kali setahun iaitu pada setiap sukuan tahun.
- Mesyuarat MBJ JIM lazimnya diadakan di Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen Malaysia. Namun begitu, sebagai menghargai sumbangan ahli kepada JIM dan demi mengeratkan lagi hubungan antara pihak pekerja dan majikan, beberapa siri mesyuarat telah diadakan di Pejabat Cawangan JIM di negeri-negeri misalnya di Tawau, Sabah dan Miri, Sarawak. Program lawatan telah disusun dan diselangi dengan aktiviti seperti sesi percambahan fikiran di lokasi yang menarik seperti di Gua Niah, Sarawak.
- Ahli-ahli mesyuarat juga telah dibawa melawat pejabat cawangan JIM dan di pintu-pintu masuk laut dan darat di negeri berkenaan untuk menyelami suasana dan persekitaran serta masalah yang mungkin dihadapi oleh pegawai-pegawai di pejabat cawangan atau di pintu-pintu masuk. Program ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama ahli MBJ malah membuka peluang kepada pegawai dan kakitangan Imigresen di peringkat negeri bertemu dan berkongsi buah fikiran dengan pihak pengurusan tertinggi JIM untuk penambaikan sistem kerja, kebajikan dan perjalanan organisasi jabatan.
- Penubuhan MBJ JIM juga telah diperluaskan supaya dapat dilaksanakan di peringkat negeri.

SENARAI PENGERUSI MBJ JIM

YBhg. Dato' Abdul Rahman bin Othman {12.05.2009 - 14.10.2010}


YBhg. Dato' Sri Alias bin Hj. Ahmad {15.10.2010 - 04.02.2014}


YBhg. Dato' Aloyah binti Mamat {05.02.2014 - 13.11.2014}


YBhg. Dato' Sri Mustafa bin Hj. Ibrahim {14.11.2014 - 31.01.2016}


YBhg. Dato' Sri Sakib bin Kusmi {02.02.2016 - 31.07.2016}


YBHG. DATO' SERI HAJI MUSTAFAR BIN HAJI ALI {01.08.2016 - kini}


SENARAI NAIB PENGERUSI MBJ JIM

En. Syamil Chelvam Shah Abdullah {15.10.2010 - 05.02.2016}


En. A. Wahid bin Sohod {06.02.2016-03.06.2018}


En. Mohamad Zaidi bin Che Morad {04.06.2018-kini}


Pengenalan

Apa itu MBJ?

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ialah sebuah medium dua hala, di mana Pihak Pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan Pihak Pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi.

Penubuhan MBJ

Semua agensi Kerajaan yang mengendalikan secara langsung urusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia dan hal ehwal kewangan serta mempunyai kuasa untuk menimbang dan membuat keputusan ke atas perkara-perkara tersebut adalah dikehendaki menubuhkan MBJ. Bagi tujuan penubuhan MBJ, satu draf perlembagaan yang telah dipersetujui oleh Pihak Pengurusan dan Pihak Pekerja perlu digubal terlebih dahulu dan hendaklah dikemukakan kepada JPA untuk kelulusan.

Bidang dan fungsi

Skop, bidang dan fungsi MBJ lebih menitikberatkan kepada kepentingan pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi. Di samping bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pekerja, ia juga boleh dijadikan sebagai satu forum perbincangan di antara pihak pengurusan dan pekerja. MBJ yang aktif secara tidak langsung akan dapat menyemai semangat bekerja di kalangan pekerja untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi dan produktif.

Perkara yang boleh dibincangkan

Perkara yang boleh dibincang adalah meliputi semua perkara yang berkaitan dengan keadaan bekerja kecuali yang menyentuh dasar kerajaan atau hal-hal peribadi. Walau bagaimanapun, isu berkaitan dasar boleh dibincangkan dengan tujuan menerangkan pelaksanaanya sahaja.Antara perkara-perkara yang boleh dibincangkan di dalam forum meliputi isu elaun dan kemudahan, kewangan, perkhidmatan, skim perkhidmatan dan perjawatan, kebajikan, pentadbiran dan hal-hal lain.

Faedah MBJ

Di antara faedah yang boleh didapati daripada mesyuarat MBJ ialah dapat mewujudkan hubungan dan sikap yang positif antara pihak pengurusan dan pihak pekerja,kepuasan hati, peningkatan daya pengeluaran, peningkatan kualiti kerja, penjimatan kos, kemajuan pekerja, sikap hormat menghormati, penyelesaian masalah, kesetiaan kepada organisasi, dan perpaduan

Carta Organisasi


Pekeliling


Perlembagaan MBJ JIM
Klik Sini
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1992
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.3 Tahun 2002
Buku Panduan Penubuhan dan Perjalanan MBJ

PENGUMUMAN WARGA MAJLIS BERSAMA JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA


JEMPUTAN KE MESYUARAT MAJLIS BERSMA JABATAN (MBJ), JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA BIL.03 TAHUN 2018


Dimaklumkan bahawa mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ), Jabatan Imigresen Malaysia Bil. 03 Tahun 2018 akan diadakan seperti ketetapan berikut :



TARIKH : 30 OGOS 2018 (KHAMIS)
WAKTU : 2.30 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT TRANSFORMASI,
TINGKAT 7, IBU PEJABAT JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA





Sehubungan itu, YBhg. Dato'/Dr./Tuan/Puan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut.




Aktiviti


MESYUARAT


Minit Mesyuarat MBJ Bil. 01/2018
Klik Sini
Minit Mesyuarat MBJ Bil. 02/2018

Soalan / Cadangan


Pentadbiran
Klik Sini
Perkhidmatan
Elaun dan Kemudahan
Skim Perkhidmatan dan Perjawatan
Kebajikan
Kewangan
Hal-hal Lain

Hubungi Kami


Wakil Pekerja


Encik Mohamad Zaidi bin Che Morad - Naib Pengerusi
No. Telefon: 03 - 8880 1166
E-mel : mbj@imi.gov.my


Urus Setia


Puan Hazreena binti Lop Osman - Setiausaha
No. Telefon: 03 - 8880 1055
E-mel : hazreena@imi.gov.my

Puan Norliah binti Abu Bakar
No. Telefon: 03 - 8880 1050
E-mel : norliah@imi.gov.my