Assalamualaikum W.B.H dan Salam Imigresen Perkasa
YBhg. Dato' Seri Ketua Pengarah Imigresen Malaysia
YBhg. Dato' TKP(P)
Pengarah-Pengarah
Wakil Kesatuan dan seterusnya Tuan-Tuan dan Puan-Puan wakil pekerja dalam MBJ
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt atas limpah kurnianya kita dapat sampai ke bulan Ramadhan tahun ini dan InsyaAllah semoga sampai kepada 1 Syawal nanti. Kita juga bersyukur dapat berada di dalam Mesyuarat MBJ pada hari ini.
YBhg. Dato' Seri, Dato', Tuan-Tuan, Puan-Puan,
Saya mewakili wakil pekerja yang dilantik bagi Sesi 2018-2020 merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Pengurusan / Majikan di atas perlantikan ini, dan kami menerima perlantikan ini sebagai amanah yang perlu kami pikul demi mencapai objektif penubuhan Majlis Bersama Jabatan, justeru kami juga bertanggungjawab untuk membawa permasalahan, isu dan usul dari pihak pekerja untuk makluman pihak pengurusan yang merupakan majikan demi untuk kesejahteraan dan kerjasama berterusan antara pihak majikan dan pekerja.
Kami di pihak pekerja juga sentiasa mengharapkan pihak majikan dan pekerja dapat bersatu padu terutama dalam menyelesaikan isu dan permasalahan pihak pekerja demi membolehkan keluarga besar JIM bergerak ke arah mencapai objektif dan matlamat organisasi secara bersepadu dan bersama.
Sekali lagi kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas peluang yang diberi kepada kami untuk berkhidmat kepada warga JIM sebagai wakil pekerja.
Sekian, Terima Kasih
ENCIK MOHAMAD ZAIDI BIN CHE MORAD
Pengerusi Pekerja